Projek Terbesar yang dikendalikan BasPersiaranOnline.Com
Alhamdulillah.
Pada Oktober lepas. BasPersiaranOnline.Com diberi peluang oleh pihak Kementrian Kewangan Malaysia untuk membekalkan lebih 70 buah bas untuk kegunaan sempena lawatan Setiausaha Amerika Syarikat John Forbes Kerry (atau lebih dikenali sebagai John Kerry). Pada asalnya perancangan program ini akan dihadiri Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama (atau lebih dikenali sebagai Barack Obama). Namun disebabkan masalah yang timbul di Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat tanpa disengajakan terpaksa membatalkan kunjungannya yang pertama kali ke Malaysia. Kunjungan setiausahanya John Kerry tetap menarik minat media asing untuk membuat laporan mengenai kunjungannya dan seterusnya menjayakan program.
Kerjasama terbaik yang diberikan oleh Aisar Travel Sdn Bhd, Rakyat Travel Sdn Bhd dan beberapa lagi rakanniga kami di seluruh Malaysia dengan membekalkan bas persiaran yang terbaik, perjalanan dapat berlansung dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang timbul.
Terima kasih yang tidak terhingga juga pihak kami ucapkan kepada pihak kakitangan MOF yang memberikan kerjasama terbaik sepanjang program dan ribuan terima kasih juga kami ucapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengiringi setiap bas persiaran yang menjadi medium pengangkutan kepada peserta-peserta program pada hari kejadian. Tanpa bantuan yang dihulurkan pihak PDRM pasti bas persiaran kami akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa pada pagi kejadian di sekitar KLCC. Ini mungkin disebabkan terdapat ramai pengiat media, pelancong asing dan rakyat Malaysia yang ingin datang menyaksikan ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Amerika Syarikat John Kerry. Pihak PDRM telah mengawal trafik bagi memudahkan perjalanan bas persiaran dari tempat penginapan peserta-peserta program ke KLCC. Selain itu pihak PDRM juga telah menggerakan Unit Peronda bermotosikal mereka mengiringi bas persiaran bagi melicinkan lagi perjalanan bas persiaran kami
Berikut kami kongsikan gambar ketibaan peserta-peserta 1MET di Stadium Bukit Jalil untuk proses pendaftaran peserta-peserta di seluruh malaysia dengan menggunakan bas persiaran dan bas catar yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan dan Terangganu. Peserta dari Sabah dan Sarawak, pihak kami menyediakan bas persiaran dan catar dari lapangan terbang LCCT dan pengangkutan semasa menjayakan program.
Gambar himpunan bas persiaran dan bas catar yang terlibat dalam menyediakan pengangkutan kepada peserta-peserta 1met dari seluruh Malaysia sementara menunggu peserta program selesai melakukan pendaftaran.
Gambar bergerak pulang peserta-peserta program 1MET.